BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Friday, November 20, 2009

Renungan Seketika.....

NALURI adalah sebahagian daripada kesempurnaan kejadian manusia..Naluri ingin memiliki dan suka kalau dimiliki ( sense of belonging )adalah fitrah..
Kalau NALURI tidak wujud pada diri seseorang, maka tak normal namanya..
Islam tidak suruh membunuh NALURI seperti yang dilakukan oleh para paderi atau sami. Jangan nafikan NALURI ini. Jangan berbohong pada diri sendiri.

Bukan salah dan berdosa kalau perasaan itu datang tanpa diundang. Itu adalah fitrah. Cuma tundukkan NALURI itu untuk patuh pada perintah ALLAH. Jadilah manusia yang sihat pada NALURInya.
Jangan jadi malaikat! Kerana ALLAH ciptakan kita sebagai manusia. Dunia dan segala isinya akan hambar tanpa NALURI nafsu.

"Tidak semestinya semua orang bercinta menjurus kepada penzinaan. Ada orang bercinta dalam telefon dan hantar sms sahaja. Tak pernah bersua muka pun".. Betul. Itu adalah salah satu yang dimaksudkan dengan menghampiri zina. Memang pada awalnya tidak bersua muka, tetapi perasaan pasti bergelora. Lambat laun desakan nafsu dan perasaan serta hasutan iblis akan mengheret kepada suatu pertemua. Pertemuan pertama tidak akan terhenti di situ sahaja. Percayalah, ia akan berlanjutan dan berterusan.

Takkan nak berbual-bual pun tak boleh? Itupun zina juga ke? Bagi menjawab persoalan itu, di sini dinyatakan zina ada bermacam-macam jenis peringknya. Ada zina(berpegang-pegangan), ada zina mata (melihat kekasihnya dengan perasaan berahi). Melihat auratnya juga zina mata. Zina hati, iaitu khayalan berahi dengan kekasih sepertimana yang dinyatakan oleh Rasulullan s.a.w : Kedua-dua tangan juga berzina dan zinanya adalah menyentuh. Kedua kakinya juga berzina dan zinanya adalah berjalan(menuju tempat pertemuan). Mulut juga berzina dan zinanya ialah ciuman(Riwayat Muslim dan Abu Daud). Sebenarnya jalan dan lorong menuju kepada perzinaan amat banyak. Jangan biarkan diri kita berada atau melalui mana-mana jalan atau lorong yang boleh menuju kepada penzinaan.

Walau apa pun erti cinta.... Cinta secara Islam hanya satu, iaitu perkahwinan.. Cinta berlaku setelah ijab qabul. Cinta lepas kahwin. Itu cinta qudus.Cinta yang bermaruah. Bukan cinta murahan. Inilah kemuliaan agama kita, Islam.

Apabila Islam melarang sesuatu perkara, tentulah ia digantikan dengan sesuatu yang lebih baik. Kalau ia melarang cinta antara lelaki dan wanita sebelum kahwin, ia membawa kepada sesuatu sebagai ganti yang leih baik, iaitu perkahwinan.

Sabda Rasulullah s.a.w : Tidak ada yang lebih patut bagi dua orang yang saling mencintai kecuali NIKAH (Riwayat Ibni Majah).

0 comments: